Sunday 5 June 2011

KECEDERAAN DALAMAN

 Terseliuh : berlaku apabila ligamen atau tisu-tisu terkoyak,teregang atau terpulas disebabkan bebanan yangkuat atau secara tiba-tiba.

Otot terkoyak : Berlaku koyakan dibahagian otot atau tendondisebabkan pengecutan otot-otot secara drastik,ketidakupayaan otot atau tendon menengangbeban ang dikenakan atau dihentakkan teruske otot.

Otot kejang : Berlaku kekejangan pada otot, apabila ototKehilangan sifat kontraksi otot buat sementara. Kekejangan berlaku disebabkan ketidakseimbangan atau kekurangan air dan elektrolit( natrium dan klorida ) dalam otot kesan akibatperpeluhan dankurang dya tahan.

Dislokasi : Berlaku apabila tulang sendi terkeluar darikedudukan asalnya. Dislokasi disebabkanpergerakan anggota badan luar daripada julatpergerakan yang biasa. Hal ini mengakibatkanligamen dan tisu bahagian sendi terengang dankoyak.

Fruktur : Berlaku apabila tulang patah atau retakdisebabkan daya hentakan tepat , sipi atau dayaputaran. Terdapat dua jenis fraktur ia itu fraktur tertutup dan fraktur terbukan.

Kontusi : Berlaku kecederaan pada salur darah atau salurandarah halus terputus disebabkan daya hentakan.Akibatnya kesan lebam pada permukaan kulit ataupendarahan dalaman.

Konkusi : Berlaku dibahagian kepala disebabkan dayahentakan atau pukulan yang mengakibatkanmangsa tidak sedar diri atau pengsan. Konkusiboleh menyebabkan kecederaan otak yang serius.

BANTU MULA

  TOTAPS

T = Talk
  •  Bertanya soalan seperti berikut:


  Bagaimana ia berlaku?

Ø        Di mana sakit?
Ø        Adakah ia bertambah, berkurang atau tidak berubah?

O = Observe

Ø        Memerhati keadaan orang yang cedera.
Ø        Memerhati tempat yang cedera, lebam, bengkak dan lain-lain tanda.

T = Touch
Ï       Menyentuh tempat cedera

A = Active move

Ï Pergerakan aktif. Menyuruh atlit bergerak tanpa memberi bantuan kepadanya. Pergerakan terhad dan rasa sakit yang amat sangat menggambarkan keperluan rawatan perubatan.

P = Passive move
Pergerakan pasif. Jika kecederaan kurang jelas, aplikasikan regangan otot secara perlahan. Jika masih rasa sakit, atlit perlu direhatkan dan dapatkan rawatan.

S = Skill Test
v  Berdiri. Atlit yang cedera disuruh berdiri dan seterusnya melakukan aktiviti fizikal seperti berjalan, berlari, melompat dan menendang. Ulang aktiviti-aktiviti jika cedera masih tidak dikenalpasti.



    DRABC


      Kaedah ini digunakan sebagai proses bantu mula kepada atlet yang tidak sedarkan diri atau mengalami kejutan












KECEDERAAN LUARAN ( Kecederaan tisu lembut )

Ïkecederaan luaran ( kecederaan tisu lembut )

·      Kontusi (contusion )

1.  Disebabkanp ukulan terus dan menyebabkan cederapada saluran darah atau saluran halusputus - lebam dan pendarahan dalaman.
2.    Bengkak& pergerakan terbatas.
3.  Otot Terkoyak (muscle strain) disebabkan olehpengecutan otot secara tiba -tiba atau  disebabkanketidakupayaan otot menanggung bebankerja berlebihan.
4. Ianya melibatkankemungkinan otot atau tendon tercedera dan mengsa merasaikesakitan di bahagian tercedera.
5.  Kekejangan otot ( muscle cramp) keadaan di mana otot hilang
Kontraksibuat sementara dan mengalamimuscle spasm  menjadikan otot rasa keras dan mangsa kesakitan.
6.  Ianya berpunca dari atlit kurang cergas ( dari aspek daya tahan otot ),       
             kekurangan elektrolit (garam mineral) atau dihidrasi dalam badan (kehilangan 
             air).


·      Terseliuh

1.  berlaku bila ligamen sendi terkoyak @ teregang secara tiba- tiba menyebabkan sendi tidak stabil.
2.  Tanda : bentuk ganjil & cacat, bengkak dan lebam.







·      Dislokasi ( dislocation )

1.  berlaku bila tulang sendi terkeluar dari asalnya  kejadian di mana pergerakan yang diluar dari julat asal.
2.  Menyebabkan ligamen dan tisu teregang, terkoyak atauterkeluardari tempat asal.
3.  Tanda : bentuk ganjil, hilang dayapergerakan, bengkak. 






  • RETAKKAN TULANG


Sebenarnya tulang ialah struktur yang paling kuat dan teguh dalam tubuh badan. Ia lebih keras daripada besi dan lebih kukuh daripada batu. Tulang terdiri daripada ikatan-ikatan mineral seperti kalsium, fosforus, taurina dan sebagainya. Tulang berfungsi untuk mengalirkan isyarat daripada organ yang mengalami kesakitan atau kelemahan untuk dineutralkan oleh tulang sulbi.

  • TULANG RETAK


– Tulang mengalami pukulan hentakan yg tidak tepat / tidak terus (hentakan sipi)

– Sebahagian tulang retak kerana ulangan.

– Pukulan / hentakan yg kerap

– Kesakitan / kurang selesa pada tulang.







  • PATAH TULANG


Patah adalah keretakan/putus/kepatahan yang berlaku pada tulang. Satu kekuatan yang ditujukan kepada mana-mana bahagian rangka badan boleh menyebabkan berlakunya kepatahan/retak.Patah adalah berbeza mengikut bentuk,saiz dan keterukkan. Patah boleh jadi tidak merbahaya sekiranya kecil tetapi boleh mengancam nyawa dan kehidupan seseorang sekiranya berlaku pada bahagian leher dan pelvis.






SISTEM BADAN MANUSIA


SISTEM RANGKA MANUSIA





 

                                                    Rangka apendaj



Rangka apendaj bersendi dengan rangka paksi pada bahagian bahu dan punggung.

[sunting]Lengkungan pektoral

Terdiri daripada 2 tulang iaitu:
  1. Tulang klavikel
    • Berbentuk rod dan melengkung sedikit.
    • Bersendi dengan manubrium pada suatu hujung dan cuaran akromion pada suatu hujung yang lain.
    • Berfungsi untuk mengalirkan daya daripada lengan kepada badan manusia.
  2. Tulang skapula
    • Berbentuk sekeping tulang leper yang berupa segitiga.
    • Membentuk cuaran akromion dan cuaran korakoid yang dianjur daripada spina skapula.
    • Lesung glenoid(bahagian tulang skapula) bersendi dengan kepala tulang humerus anggota hadapan.

[sunting]Lengkungan pelvis

Terdiri daripada 2 tulang kiri dan kanan yang simetri. Tulang-tulang pada kedua-dua bahagian ini bercantum antara satu sama lain di simfisis pubis pada bahagian ventral. Lengkungan ini terbahagi kepada:
  • Ilium yang bersendi dengan sakrum.
  • Iskium (atau tulang pelana)
  • Pubis (atau tulang ari-ari)



Sejumlah 206 tulang membentuk sistem rangka manusia dewasa. Tulang dinamakan mengikut tempatnya.
2 bahagian sistem rangka manusia iaitu:
  1. Rangka paksi
  2. Rangka apendaj
    • Lengkungan pektoral
    • Lengkungan pelvis
    • Tulang-tulang anggota hadapan
    • Tulang-tulang anggota Belakang


Rangka paksi




Tengkorak

Rangka atau tulang-tulang tengkorak ini melindungi kepala dan organ-organ dalam kepala.
Bahagian-bahagian tengkorak ialah:
  1. Kranium
    • Berfungsi untuk melindungi otak.
    • Mempunyai 8 kepingan tulang yang berasingan bercantum melalui satur(sendi tak bergerak).
  2. Soket mata (atau Orbit)
    • Berfungsi untuk melindungi kedua-dua bebola mata.
  3. Tulang hidung
    • Berfungsi untuk menyokong tisu-tisu hidung yang lembut.
  4. Lubang telinga
    • Berfungsi untuk melindungi bahagian dalam telinga.
  5. Rahang atas (atau Maksila)
    • Berfungsi menyokong barisan gigi atas.
  6. Rahang bawah (atau Mendibel)
    • Berfungsi menyokong barisan gigi bawah.
    • Rahang berkebolehan untuk bergerak, iaitu untuk menguyah makanan dan sebagainya.
  7. Bukaan pada dasar tengkorak
    • Berfungsi untuk menyambung tengkorak dengan turus vertebra.


Turus vertebra

Tulang-tulang vertebra terdiri daripada 33 ruas tulang bersendi. Pada setiap hujungnya terbentuk satu turus yang boleh luntur. Turus vertebra berfungsi untuk melindungi saraf tunjang yang terletak dibahagian tengahnya. Diantara tulang-tulang vertebra, terdapat cakera rawan yang bertindak sebagai kusyen untuk penyerap hentakan(daya) dan mengurangkan geseran semasa pergerakan.


Bahagian-bahagian turus vertebra ialah:
  • 7 vertebra serviks - Bahagian leher
  • 12 vertebra toraks - Bahagian toraks
  • 5 vertebra lumbar - Bahagian pinggang
  • 5 vertebra sakrum - Bahagian punggung
  • 4 vertebra koksiks - Bahagian hujung tulang belakang

Bahagian-bahagian vertebrata
  1. Sentrum
    • Bersifat Pejal dan tegar
    • Memberi sokongan
    • Menentang daya mampatan
  2. Arka
    • Merupakan lengkuk saraf
    • Terletak pada bahagian dorsal sentrum
    • Melindungi saraf tunjang
  3. Salur saraf
    • Merupakan salur rongga kosong
    • Berfungsi sebagai laluan saraf tunjang
  4. Zigapofisis
    • Merupakan muka sendi antara 2 vertebra.
    • Prazigapofisis mengarah ke atas.
    • Postzigapofisis mengarah ke bawah.
  5. Cuaran spina
    • Berfungsi untuk melekatkan otot
  6. Cuaran melintang
    • Berfungsi untuk melekatkan otot


Sangkar rusuk

Sangkar rusuk berfungsi untuk melindungi jantung dan peparu.
Tulang-tulang yang membentuk sangkar rusuk ialah:
  • 12 pasang tulang rusuk bersendi dengan vertebra toraks dan melengkung ke hadapan.
  • 7 pasang tulang rusuk bersendi dengan sternum secara terus.
  • 3 pasang yang lain dihubung secara tidak langsung dengan rawan.
  • 3 pasang tulang rusuk terakhir tergantung bebas dan tidak dihubungkan kepada sternum.


JENIS - JENIS KECEDERAAN


u Kecederaan luaran
·         kecederaan terhadaptisule mbut iaitu kecederaanyang berlaku pada permukaan kulit dan di bahagian tisu di bawah kulit dan organ iaitu kecederaan  yang berlaku di bahagian dalaman  melibatkan  ligamen, tendon, otot dan organ lain.

  • u  Kecederaan dalaman


·         berdasarkan jenis tisukerasiaitu merujukkepada kecederaan pada tulang dan sistem rangka. Punca kecederaanadalah secara ekstrinsik ataufaktor luaran yang mengenakan satu daya langsung (directforce) yang mengakibatkan sesuatu tulang tercedera. 

KLASIFIKASI KECEDERAAN SUKAN

KLASIFIKASI KECEDERAAN SUKAN

u Semua kecederaan berkaitan aktiviti fizikal seperti dalam kelas pendidikan Jasmani boleh dikategorikan mengikut tempoh masa ia wujud.
u Terdapat dua jenis kecederaan berasaskan masa.